BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

{I}ni {B}ukan {M}edan {H}iburan tetapi {M}edan {M}endalami {H}idup

{I}ni {B}ukan {M}edan {H}iburan tetapi {M}edan {M}endalami {H}idup

Tuesday, August 10, 2010

{K}eajaiban {T}aubat {N}asuha

Asslamulaikum wrh brk.....

selamat menyambut bulan ramadhan semua....
dan selamat bersahur....^^( hehehehe..taip post nie lepas sahur....hehehe)

saya mengambil sempena bulan ramadhan ini.....untuk mengajak teman2x..merenung kembali dari mana asal kite...dan ke mana kite akn kembali.....
sudah tetntla kan....kite dtg dari ALLAH...dan kite juge akan kembali kpada ALLAH....
Allah telah bagi peluang pada kite...sempena bulan ramadhan ini..untuk menyucikan diri kite...
kembali balik kepada fitrah manusia..yang suci bersih.....yang ketika ini..kite telah pown mencemari fitrah kita itu...dgn melakukan perkara yang melalaikan kepada ALLAH....
jadi kali ini.....sekali lagi saya tegaskan...sempena bulan ramadhan yang mulia ini....mari kite sama2x...menyelami....apa itu keajaiban taubat..yang telah sedia terhidang untuk hamba2xnya yang selalu lupa dan alpa kepada tuhan NYA.....^^....

zina..antara dosa2x.....besar..yang...sgt Allah murkai...para nabi dan rasul pun....murka terhadap orang2x...yang melakukan zina ini.....yang keji ini....jadi....terjadi lah atu alkisah...pada umat terdahhuluad seorang perempuan yang melakukan zina sebagai pekerjaannya. dia mendapatkan wang dengan melacurkan dirinya...dia sangat terkenal dengan kecantikannyayang menawandan ini membuatkannya masyhurdi banyak daerah. ramai lelaki yang tergila gilapadanya dan ingin menikmati kecantikannya itu. di waktu yang sama ada seorang pemuda yang rajin beriabadahyang juga telah mendengar tentang pesona perempuan itu dan hati pemuda itu juga tertarik kepadanya. pemuda itu juga berangan angan ingin menikmat kecantikan perempuan itu.
kerana bayaran untuk perempuan itu sangat mahal, pemda itu bekerja keras siang dan malam demi mendapatkan wang agar annti dapat membayar permpuan itu. setelah berbulan bulan bekerja , akhirnya pemuda itu mendapatkan wang yang cukup banyak. wang yang cukup untuk membayar kecantkan perempuan itu.

tentu sahaja perempaun itu gembira ketika di datangi pemuda yang terkenal rajin beriadah dan tampan itu. dia merasa bangga dengan kecantikan dan pesona dirinya yang ternyata mampu mengalahkan kezuhudan dan keteguhan iman seorang pemuda yang rajin beribadah.dia menyambut pemuda itu dengan sebaik baik sambtan. ketika mereka berdua sudah berada di sebuah ruangan yang sangat nyaman, dan jendela tela di tutup dan pintu telah di kunci rapat, dan pemuda itu boleh melakukan apa sahaja yang telah dilakukan ramai lelaki lain terhadap perempuan itu, tiba2x.....pemuda itu teringatkan kepada ALLAH. teringat bahawa Allah memurkai perbuatan maksiat yang sedang dan akan di lakukannya. wajahnya tetiba menjadi pucat. dia sangat takut kepada ALlah. perempuanitu terkejut melihat wajah pemuda itu yang tiba2x...menjadi pucat lesi tidak berdarah. perempuan itu menyangkakan yang pemuda itu sangat gugup kerana tidak pernah mempunyai pengalaman berdua duaan dengan seorang perempuan. maka perempuan itu pu berusaha untuk menenangkan pemuda tersebut.

tetapi sebaliknya, pemuda itu malah menjadi semakin pucat, tubuhnya mengigil dan bergetar hebat. dengan tergagap gagap pemuda itu berkata kepada perempuan itu, "di kantung ini ada ratusan dinar, yang aku kumpulkan dengan bekerja bermati matian selama berbulan bulan. aku bekerja keras supaya dapat menikmati dirimu. kini, aku sudah ada di hadapanmu. kalau aku mah aku boleh mendapatkan apa sahaja yang aku inginkan selama ini. akan tetapi jika aku melakukan nya maka Allah akan murka kepadaku, dan Allah pasti akan menyediakan neraka yang menyala-nyala untukku. aku takut kepada Allah. aku tidak mahu kenikmatan sesaat yang tidak kekal menghancurkan kenikmatan abadi di syurga Allah nanti. nah, ambillah wang ini dan biarkanlah aku meninggalkan tempat ini sebelum Allah murka dan mencabut nyawaku dalam keadaan suul khatimah.

pemuda itu meletakkan kantung wangnya dihadapan perempuan jelita itu, lalu melangkah ke pintu.perempuan itu duduk terpaku di pinggir katilnya. dia terkejut bercampur takjub dengan sikap pemuda itu dan apa yang telah didengarnya.selama ini tidak ada lelaki yang dapat mengawal kesedarannya jika sudah berdua duaan duaan dengan dirinya. tetapi sebaliknya pemuda itu dapat berkata kata seyakin itu. perasaan takut pemuda itu kepada Allah mengalahkan segala sihir pesona kecantikan yang dimilikinya seolah olah dirinya sama sekali tidak ada harganya di mata pemuda itu.

pemuda itu melangkah meninggalkan tempat itu dengan air mata yang berguguran. dia menangis takut kepada Allah. pemuda itu malu kepada dirinya sendiri lalu pergi meninggalkan kota itudan kembali ke kampung asalnya. di kampungnya, siang dan malam dia beribadah, kerana merasa telah melakukan dosa besar meskipun belum sampai ke tahap melakukan zina. tapi dia tetap merasakan yang dia telah melakukan dosa yang sangat besar, sebab dia telah mendekati zina. bahkan dia sempat berazam untuk berzina dengan pelacur cantik itu sehingga dia telah bekerja berbulan bulan lamanya demi mendapatkan wang agar dapat berzina dengan permpuan itu.pemuda itu terus menangis penuh penyesalan. dia beribadah sebanyak banyaknye kerana ingin menebus dan menghapuskan dosanya. akhirnya, pemuda tersebut meinggal dunia dalam keadaan sedang menangis dan beribadah kepada Allah SWT.

sejak kejadian it perempuan itu menjadi sedar bahawa selama ini dia telah melakukan dosa besar yang di murkai oleh Allah. pemuda itu telah menyedarkan dirinya, akan adanya Allahyang memurkai orang2x... yang berbuat maksiat. pemuda it telah menyedarkan dirinya bahawa ada neraka yang disediakan untuk orang2x...yang menentang Allah. pemuda itu telah menyedarkannya bahawa ada kehidupan yang sebenarnya setelah kehiduan di dunia ini. semenjak itu, perempuan itu bertaubatdan menangis siang dan malam kepada Allah. lantas dia berazam dan menanam tekad untuk mencari pemuda itu. dia ingi menjadikan pemuda itu sebagai suaminya yng akan membimbingnya beribadah kepada Allah.

berbulan bulan dia mecari pemuda itu, tapi dia tidak juga ditemuinya. setelah sekian lama dia mencarinya akhirnya dia mendapat tahu bahawa pemuda itu telah pulan ke kampung halamannya. perempuan itu terus menyusulnya. alangkah sedihnya perempuan itu, ketika dia mendapa tahu bahawa pemuda itu telah meninggal dunia dalam keadaan bertaubat penuh penyesalan kepada Allah.

pemuda itu memiliki saudara yang juga rajin beribadah. perempuan bekas pelacur yang kini telah menjadi rajin beribadah itu juga akhirnya bernikah dengan saudara pemuda itu tadi. perempuan itu telah bertaubat yabf sebenar benar taubat. taubat yang mampu membuatkan pintu langit terbuka untuk doa dan zikirnya. dari pernikahan dengan ahli ibadah itu, erempuan bekas pelacur itu melahirkan ramai anak2x....yang semuanya diangkat oleh Allah menjadi nabi. ari rahim permpuan itu, yang kini berisi kalimat2x.....thayyibah telah melahirkan manusia2x....mulia yang dipilih oleh Allah sebagai nabinya.

ini adalah kisah benar yang trjadi kepada umat terdahulu. menjelaskan kepada kita bahawa sebesar apa pun dosa seseorang itu,jika dia bersedia bertaubat dengan bersungguh sungguh seperti permpuan itu, maka Allah akan menerima orang itu dengan penuh pengampnan dan kasih sayang. bahkan Allah akan tetap memuliakan hamba2x....Nya yang sedia bertaubat kepadanya.

maka kepada sesiapapun yang merasa pernah melakukan dosa, bik dosa kecil mahupun besar , juga kepada diri saya sendiri , saya mengajak untuk segera bertaubat dengan sebenar benar taubat yakni taubat nasuha. dengan taubat dan kembali kepada Allah sepenu jiwa dan raga, kita berharap Alah akan senantiasa menyelimuti kita dengan selimut rahmat dan kasih sayangNya.....amin...

{H}idup {H}anya {S}ekali......



0 comments: